logo251Skim CIMB Personal Loan adalah salah satu pinjaman peribadi yang paling popular di Malaysia. Pada Masa Kini CIMB Personal Loan menawarkan pelbagai jenis pinjaman yang mematuhi undang-undang Syariah. Pinjaman CIMB fleksibel dan pantas tanpa cagaran atau penjamin. Margin pinjaman tinggi mengikut pengiraan gaji bulanan anda dengan perlindungan insurans takaful untuk kecemasan.

CIMB Personal Loan – Sektor Awam-i ( Kakitangan Kerajaan & GLC )

Skim CIMB Personal Loan pakej Sektor Awam-i adalah pinjaman peribadi yang disediakan untuk pekerja sektor awam Kakitangan Kerajaan & GLC Malaysia sahaja. Anda boleh mendapat kadar faedah yang terendah dari 5.25% atau 5.55% kadar tetap setahun. Kelayakan untuk mendapat CIMB Personal Loan kadar faedah 5.25% setahun, anda perlu mempunyai gaji bulanan sebanyak RM 3,000 dan ke atas.

logoc123

Jika pendapatan gaji anda dibawah RM 3,000, anda hanya layak mendapat kadar faedah yang 5.55% setahun yang ditawarkan oleh CIMB Personal Loan. Tiada cagaran dan penjamin diperlukan untuk kakitangan kerajaan & GLC untuk permohonan pinjaman ini. Maksimum pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh CIMB Personal Loan mencapai RM200,000 dengan tempoh 10 tahun pembayaran balik.

bannerc102

Bagaimanapun ini juga akan mengikut kepada jumlah kelayakan dalam pendapatan gaji anda dengan yang paling penting potongan gaji anda tidak boleh melebihi 60%. CIMB Personal loan pakej ini khas untuk sektor kakitangan kerajaan & GLC dan bayaran balik untuk pinjaman ini dilakukan secara automatik melalui Biro Angkasa.

 

CIMB Personal Loan – Cash Plus (SWASTA)

CIMB Personal Loan pakej Cash Plus adalah satu pinjaman peribadi yang disediakan untuk sector swasta di Malaysia. Pinjaman peribadi dalam bercagar dan ia tidak memerlukan penjamin atau cagaran. Peminjam akan dapat menikmati dari minimum RM 2,000 hingga maksimum RM 100,000. Jumlah pinjaman juga akan tertakluk kepada penilaian kredit. Tempoh minimum akan bermula dari 1 hingga maksima 5 tahun.

Kadar faedah CIMB Personal Loan bergantung kepada pinjaman jumlah dan jenis pekerjaan peminjam. Pada asasnya, peminjam akan dapat menikmati kadar faedah yang lebih baik dengan jumlah pinjaman yang lebih tinggi.

Peminjam boleh mendapat kadar faedah 8.2% setahun jika pinjaman RM 50,000 hingga RM 100,000. Jika pinjaman RM 20,000 hingga RM 49,000 kadar faedah adalah 10.88% setahun. Pinjaman RM 2,000 hingga RM 19,000 kadar faedah setahun 14.66%.

banner103

logoc123
Pinjaman CIMB Personal Loan ini terbuka kepada individu yang berumur 21 hingga 60 tahun di akhir tempoh pinjaman. Pemohon perlu mempunyai pendapatan tahunan minimum sebanyak RM 24,000 iaitu pendapatan gaji bulanan RM 2,000 ke atas.